Pages

Saturday, September 4, 2010

PERALATAN DAN PENGUJIAN UJIAN BENGKOK DAN KELAR PATAH

TUJUAN : Kertas  penerangan  ini dapat menjelaskan bagi jenis jenis peralatan yang perlu di gunakan dalam ujian bengkokan dan kelar patah.Dengan ini dapatlah pelatih  mengenalpasti peralatan yang sesuai , dan juga dapat menjaga  dan menguna dengan baik.


PENERANGAN

Ada berbagai -bagai jenis dan cara pemeriksaan dan pengujian untuk menentukan kekuatan ,kekerasan dan sifat  kerja kimpalan. Kebanyakan cara ini memerlukan penggunaan alat kelengkapan khas yang dikendalikan oleh pekerja mahir.Ada juga cara yang mudah saperti cara ujian bengkokan yang dibuat dengan menggunakan tukul. Ujian ini boleh dijalankan oleh pelatih dengan mudah .
Cara menguji dan memeriksa kerja kerja kimpalan boleh di bahagikan kepada tiga kumpulan besar :
         (I) memeriksa  kerja kimpalan dengan  cara melihat,
         (ii) menguji kerja kimpalan dengan membuat ujian pemusnah,dan
         (iii) menguji kerja kimpalan dengan membuat ujian tanpa musnah.

Menguji kerja kimpalan dengan membuat ujian pemusnah

Ujian ini melibatkan ujian yang memusnahkan kerja kimpalan yang dibuat. Ujian ini dibuat terhadap contoh daripada sebahagian kimpalan yang telah siap dibuat. Sifat mekanik dan kimia logam akan dapat diketahui.

Jenis ujian yang tergolong ke dalam ujian jenis ini ialah :

    (I) Ujian bengkokan;
    (ii) Ujian hentaman;
    (iii) Ujian rengangan;
    (iv) Ujian patahan takik;
    (v) Ujian kekerasan;
    (vi) Ujian punaran.

Ujian Bengkokan

    Ujian ini boleh dilakukan untuk mengetahui sifat kimpalan termasuklah sifat kemuluran, penembusan kimpalan ,kekuatan regangan dan keleburan logam. Ujian ini dapat dilakukan dengan mudah .
Dibawah adalah contoh kimpalan itu telah pun diuji dengan menggunakan ujian bengkokan.


Dua jenis ujian bengkokan asas ialah :

(a) Ujian bengkokan berpanduan
         - Ujian bengkokan muka kimpalan;
         - Ujian bengkokan punca kimpalan.
(b) Ujian bengkokan bebas

Semua ujian bengkokan berpaduan dijalankan pada jigs khas. Permukaan contoh sesuatu kimpalan yang hendak diuji dicanai supaya licin. Semua pengukuhan pada permukaan kumai hendaklah di buang. Kemudianm contoh ini diletakan pada cetak penyokong dan contoh itu dibengkokan dengan  menggunakan pelocok sehingga membentuk bengkokan yang berbentuk U.

Sekiranya kita menjalankan ujian bengkokan muka kimpalan , maka contoh sambungan hendaklah diletak pada cetak penyokong dengan  muka kimpalan berada dibawah. Jika kita menjalankan ujian bengkokan punca kimpalan, maka punca kimpalan berada dibawah. Tujuan ujian bengkokan punca ialah untuk menentukan darjah penembusan  kimpalan. Tujuan ujian bengkokan muka kimpalan pula ialah untuk menentukan sifat kimpalan termasuklah jumlah keliangan, keleburan, keselitan terak dan keretakan. Kimpalan yang kecacatanya melebihi 4 mm biasanya dianggap sebagai kimpalan yang tidak baik.

Ujian bengkokan bebas pula dilakukan untuk menguji kemuluran logam kimpalan. Ia boleh dijalankanpada sebarang jenis mesin yang sesuai atau pada ragum bangku yang boleh menahan daya mampatan yang kuat.

Cara menyediakan contoh ujian

Contoh kimpalan yang hendak di uji mestilah dimesin supaya permukaannya bersih dan permukaan pengukuhan kimpalanya terhapus. Mula-mula tandakan garis yang jaraknya 2mm dari tepi kimpalan bagi permukaan yang hendak dimesin itu. Jarak diantara kedua-dua garis itu dinamakan  x sebagai rujukan  (lihat gambarah ujian bengkokan di bawah ini ).Jarak ini diukur dan dicatatkan ukuranya. Kemudian bengkokan contoh itu kepada sudut 30 ° . Bengkokan mestilah dibuat disepanjang bahagian tengah kimpalan. Bengkokan contoh itu sehingga rata  atau sehingga  terjadi keretakan yang lebih daripada 2mm.

Peratus pemanjangan didapati dengan cara berikut:

(i)Ukur jarak diantara garis yang dibuat selepas contoh tadi  dibengkokan. Tandakan jarak itu sebagai ‘ y ‘;
(ii) Cari perbedaan  diantara  y  dengan  x ;
(ii) Bahagi perbedaan  y dengan  x ini dengan x ;

 Gambarajah diatas ini menunjukan sebuah jigs yang sedang digunakan untuk membuat ujian bengkokan berpaduan.

Contoh benda yang akan diuji

Peratus pemanjangan mestilah lebih daripada 15% jika tidak kimpalan itu dikira sebagai gagal menjalani ujian bengkokan bebas. Disamping itu contoh kimpalan yang diuji  itu mestilah tidak mengalami keretakan yang lebar lebih dari 2mm.

Dibawah ini adalah  mesin ujian bengkokan dimana menunjukan cara untuk membina dan bagaimana ujian ini dilakukan keatas kepingan dari berbagai jenis bahan dan minimum  kekuatan takat alah serta berbagai ketebalan nya.



Ujian Patah takik

Ujian Patah Takik dijalankan untuk mengetahui keleburan, keliangan , dan juga keselitan sangga dalam kimpalan. Contoh kimpalan yang akan diuji dipotong kepada saiz tertentu dan pada kedua-dua hujung kimpalan dibuat lurah dengan mengunakan gergaji besi.Dalam lurah ini adalah kira -kira 8 mm hingga 12mm dan dibuat ditengah-tengah logam kimpalan.

Logam ini diletakan pada keadaan tegak dengan kedua-dua hujungnya bersangga. Dengan menggunakan  tukul yang beasr , logam ini diketuk dibahagian  yang berlurah itu sehingga patah ( lihat gambarajah dibawah ini) . Patahan itu dan diteliti samada terdapat keliangan atau kecacatan lain.


KEGUNAAN KEDUA-DUA UJIAN INI

Kegunaan ujian jenis ini amat perlu diketahui mahupun dilakukan bagi mana mana juru kimpal  supaya dapat mengetahui akan tahap dan kemahiran seseorang jurukimpal. Ini juga adlah salh satu jenis ujian yang murah dan cepat mendapat keputusan .

3 comments:

  1. Bang. Boleh tahu langkah2 ujian pandangan ?

    ReplyDelete
  2. Langkah langkah keselamatan pengujian pada sambungan kimpalan dengan menggunakan ujian lentur ada nggk?

    ReplyDelete