PENERANGAN:
Dalam ujian ini seorang pemeriksa akan mengunakan pengalamannya serta keupayaan membandingkan hasil kimpalan yang hendak diuji itu dengan yang telah mengikut piawaian yang ditetapkan.
Kecacatan diperhatikan dengan mata kasar atau dengan kanta pembesar . Alat –alat moden seperti optik gentian, endoskop atau cermin kuar telah dibuat untuk memerhatikan tempat- tempat yang tersembunyi
Kecacatan yang dapat diperhatikan adalah seperti :-
A. Kecacatan pada batas kimpal atau permukaan bendakerja diantaranya:
1. Penembusan luar mestilah sempurna. Penembusan yang berterusan tanpa putus sekurang kurangnya 95% daripada panjang bendakerja, bagi paip pula 100% penembusan. Saiz penembusan luar tidak lebih 1/3 dari ketebalan
logam asas
2. Tidak berlaku pemotongan bawah ( undercut ) atau hakisan samaada pada kaki kimpal, permukaan
kimpal , penembusan lur dan permukaan bendakerja. Jika berlaku pemotongan bawah melebihi 3 mm
dalam dan 10mm panjang, kimpalan itu dianggap gagal.
3. Sisipan atau bentuk muka kimpal mestilah sempurna dan bebas dari
keliangan seperti ubang - lubang udara , terak terperangkap dan tiada
keretakan permukaan. Begitu juga dengan saiz batas kimpal mestilah sesuai
dengan ketebalan logam asas. Tidak berlaku limpahan (Overlap).
A. Kecacatan fizikal pada bendakerja seperti herotan ( distortion ). Semua logam mengubah dimensinya apabila dipanaskan atau disejukan kerana logam mengalami pengembangan apabila dipanaskan atau mengecut apabila disejukan. Logam juga akan mengalami perubahan rupabentuk tetap apabila dibebankan sehingga satu beban tertentu. Beban had ini disebut beban alah.
Pengembangan an pengecutan logam hasil daripadanaik dan turunnya suhu memberi kesan buruk
kepada amalan kimpalan. Akibatnya akan terhasil kerja kimpalan yang melengkung dan meleding.
Terdapat empat jenis herotan dalam amalan kimpalan, iaitu:
1. Pengecutan logitud.
2. Pengecutan melintang.
3. Herotan sudut.
4. Keledingan.
Benda kerja yang mengalami herotan melebihi 5 ° daripada keduduakan asal
maka rupabentuk sambungan itu dianggap gagal.
Rajah 2 : Jenis Herotan
1. Pecutan longitud
2. Pecutan Melintang
3. Herotan sudut
4. Kelendingan
No comments:
Post a Comment